Sabtu, 11 Disember 2010

TaRian CuTi2 Satu MaLaYsiA....






hari ahad yg lalu sya telah terlibat dengan tarian cuti2 satu Malaysia yg telah diadakan di Dataran Merdeka....... seramai 15330 peserta telah menyertai acara ini yang mana ia telah dirasmikan oleh isteri PM kita iaitu Datin Seri Rosmah Mansur. untuk pengatahuan rakan2 aktiviti telah di catat dalam Malaysian Book of Records sebagai tarian yg melibatkan ramai peserta.....


ramainyer orng... ehem2 awek berbaju hijau..
seawal jam 4.30 pagi saya telah bertolak dr rumah kawan kakak sya di presint 11. kami menaiki van yang telah disediakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk berkumpul di Presint 1, KDN dan menaiki bus untuk ke Dataran Mereka.... dengan mata yg mengantuk saya pun bersiap2...

kmi tiba di dataran merdeka seawal 6.00 pagi dan kelihatan ramai orang telah berkumpul di padang dan Mahathir Lukman sedang menjalani rehearsal untuk majlis tersebut.... pada pukul 6.45 rehearsal untuk tarian telah bermula apa lagi.. kami pun menari la... (alamak ada plak terlupa step..huhuhuhu)


hehehehe..

lebih kurang pukul 8 pagi Datin Seri Rosmah datang untuk merasmikan majlis tersebut.. setelah merasmikan majlis tersebut maka bermulalah tarian cuti2 satu Malaysia.... tarian ini menggabungkan tarian2 yg terdapat di Malaysia iaitu; Tarian Melayu (Inang & Zapin), Tarian cina (Man Cheng Fei), tarian India, Tarian Orang kita a.k.a orang Asli ( Sewang), Tarian Sabah& Sarawak dan tarian Siam....tarian2 ini di combine menjadi tarian cuti2 malaysia....

acara ini berakhir jam 11.00 pagi dan selepas itu ada persembahan dari artis.. oleh disebabkan cuaca yg agka panas dan keletihan kami semua mengambil keputusan untuk pulang....
hehehehe..


muka orng yg kepenatan... tp ada camera sume wat muka hepy...

seronok sgt dapat join dlm aktiviti ni.. harap2 tahun depan dpt join lagi... =)

Tiada ulasan: