Sabtu, 25 Februari 2012

iNterview.....

Assalamualaikum...

hai semua.. hari ni saya nak berkongsi pengalaman saya semasa pergi interview di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk jawatan Pegawai Tadbir (N41). Sesi interview ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan semestinya saya perlu berada di tempat inetrview awal untuk memastikan saya tidak terkejar-kejar. ribuan terima kasih kepada kakak saya yang sudi menghantar saya.

seramai 20 orang calon untuk sesi interview sesi pagi dan masing-masing mempunyai latar belakang yang berbeza. Berdebar semasa menunggu giliran untuk di temuduga. 3 orang pertama di panggil untuk sesi temuduga. Temuduga ini di jalankan sekali gus 3 orang sekali. LEGA!!! so tak la terlalu nervous BUT kena bersaing betul- betul la..

ok nama saya dipanggil dengan 2 orang calon. Melangkah masuk dengan tenang dan kelihatan 5 orang penemuduga duduk. sesi temuduga bermula. Pada mulanya setiap seorang perlu menceritakan latar belakang masing-masing. selesai dan soalan seterusnya apa yang awak boleh lakukan untuk kami. saya berfikir dan cuba menjawab soalan tersebut dengan tenang. Alhamdulillah giliran saya selesai.

tiba-tiba sampai giliran calon ke 3, salah seorang penemuduga menyelak profile nya sambil bertanya. " awak dulu keja kat KAFA ye"?? lalu calon tersebut menjawab ya. Macam mana awak boleh dapat keje KAFA ni??? Ni keje ORANG KAMPUNG awak tahu tak??? ( sambil ketawa di ikuti oleh penemuduga yang lain) awak ada DEGREE IN ECONOMIC macam mana awak boleh dapat keje ni?? siapa yang bagi awak keje ni??? (wajah calon tersebut berubah)

SAYA TERGAMAM.... mengapa soalan itu perlu di tanya?? adakah jika bekerja sebagai seorang guru KAFA itu terlalu hina??? bukan ke pekerjaan itu baik walaupun dia mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi, rasanya tidak salah untuk dia mencari pengalaman bekerja. mungkin soalan itu hanya untuk mengujinya TETAPI dapat dilihat penemuduga tersebut memandang rendah terhadap calon tersebut. Mungkin kerana dia sudah berada di tempat yang tinggi dan rasanya tidak perlu memandang rendah terhadap kami yang baru hendak mencari tapak dalam membina kerjaya. Biarlah sekurang-kurangnya ia mengingatkan saya bahawa bila kita sudah berada di tempat yang tinggi jangan sesekali kita memandang rendah orang yang ada di bawah kita. Saya berharap calon tersebut tidak ambil hati dengan apa yang di perkatakan oleh penemuduga tersebut. sebaliknya menjadi pendorong kepadanya untuk menjadi lebih baik lagi..

( sehingga kini masih terngiang-ngiang lagi soalan yang di tanya tu..huhhu)....

Isnin, 6 Februari 2012

CuTi PanJang..

Assalamualaikum.. hye guys... lama betul tak menulis dekat blog ni.. huhuhhu.. maaf ye kawan-kawan.. erm bukan apa dari hari ke hari nak tulis tapi tak tersempat pulak..huhuhu... seronoknya dapat cuti panjang-panjang tapi tu la gaji saya kena potong kalau cuti.. sob..sob.. cause gaji saya berdasarkan hari yang bekerja.. urmmm.... it's ok as long as i can earn some money.... so x perlu bergantung dengan my parent...

tak banyak aktiviti yang saya buat.. cuma duduk dekat rumah dan kemas rumah.. heheheh.. exercise... tgk tv, surfing internet-mencari kerja lain sambil berfacebooking...heheheheh... tu la keje saya..... ok la nanti kalau ada apa-apa saya coretkan lagi ye... bye...


* hopefully dpt mencari kerja baru..=)