Isnin, 23 Julai 2018

ADAKAH SILOKON DAN PARABEN BAGUS DALAM SHAMPOO?


Assalamualaikum semua,

Sebelum ni Cik Mun berkongsi mengenai SLS dalam shampoo. Hari ni Cik Mun nak berkongsi mengenai SILIKON dan PARABEN. Pernah tak anda melihat produk shampoo anda mengandungi  SILIKON dan PARABEN? Apa SILIKON? Apa Paraben? Bagus ke? Tidak bagus?
  • SILIKON


Macam mana hendak tahu shampoo yang kita guna ada bahan SILIKON atau tidak? ok kita boleh tahu dengan melihat pengakhiran namanya "cone". Misalnya Dimethicone, Phenyl Trimethicone, Amodimethicone dan Cyclomethicone. Cuba tengok shampoo yang anda guna ada tak bahan ni?



Apa fungsi SILIKON dalam shampoo?


Ia digunakan untuk menghasilkan kesan licin, bersinar dan tidak mudah kusut. NAMUN, kesan licin bersinar ini ialah PALSU dan bersifat SEMENTARA. KENAPA PALSU? Ini kerana SILIKON bersifat PLASTIC. Seperti lapisan rambut yang disalut plastik, ia MENGHALANG NUTRIENT ke dasar rambut. 

BAGAIMANA PULA JIKA DIGUNAKAN UNTUK MASA YANG PANJANG?


Penggunaan jangka panjang mengakibatkan RAMBUT KERING, KUSAM, MUDAH RAPUH DAN BERKELEMUMUR dan menyebabkan anda ingin kerap mencuci rambut dan mendapat kesan licin dan bersinar itu kembali.




  • BAHAN PENGAWET (PRESERVATIVE)  & PARABEN?


Mengapa perlu bahan pengawet di dalam produk? Ini untuk mengelakkan produk menjadi BUSUK dan DIJANGKITI KUMAN.  Ia menghalang pertumbuhan kuman, kulat dan bakteria dari membiak di dalam produk. 

Paraben adalah bahan pengawet (preservative) yang paling kuat dan berkesan. kebanyakan produk kosmetik menggunakan paraben kerana keberkesanannya dan kos efektif (murah).  

NAMUN, KAJIAN PADA 2004, BERKAITAN TISU KANSER BARAH PAYU DARA MENEMUI BEBERAPA JENIS PARABEN DI DALAMNYA MEMBUATKAN ORANG MULA MEMPERSOALKAN PENGGUNAAN PARABEN DI DALAM PRODUK KOSMETIK. 


Jadi macam mana? Bagus atau tidak jika shampoo anda mengandungi PARABEN dan SILIKON? Tepuk dada, tanya selera.=)


Ok ini sahaja untuk hari ni. Nanti Cik Mun akan bercerita mengenai Healing Proses ya.

*SUMBER MYHOMELAB













Sabtu, 21 Julai 2018

APA ITU SLS?

Assalamualaikum & Hello semua,


Seperti yang dijanjikan Cik Mun akan berkongsi mengenai SLS atau dikenali sebagai Sodium Lauryl/Laureth Sulfate. SLS merupakan surfactant (ejen PEMBUIH yang kuat) yang di gunakan di dalam produk PEMBERSIHAN. Ianya selalu dilabelkan sebagai DETERGENT.

Pada asalnya SLS sering digunakan dalam ejen pembasuhan industri seperti pencair minyak enjin dan bahan cuci industri yang kuat. Sekiranya shampoo yang anda gunakan mengandungi SLS, ia boleh mendatangkan kesan iritasi terhadap kulit (dermatitis) disebabkan ia mudah menyerap ke dalam kulit. 




Apakah kesannya lagi?  Ia juga merosakkan keratin ( sejenis protein yang terkandung dalam rambut) lalu meyebabkan RAMBUT MUDAH RAPUH , KERING dan KUSAM.


SLS juga menghasilkan BUIH yang banyak. Ermm.... anda perasan tak shampoo yang anda gunakan banyak BUIH atau TIDAK?  Selalunya kita akan suka bila BUIH banyak jadi LAGI BERSIH. SALAH PERSEPSI TU!!! 


Sebenarnya BUIH yang BANYAK bukan faktor keberkesanan sesuatu produk pembersihan tetapi tindak balas hydrophili (kepala/ sangat suka air) dan hydrophobic (ekor/benci air) yang akan menentukan keberkesanan sesuatu produk pembersihan. 


Ciri-ciri penggunaan SLS di dalam shampoo komersial biasa:
  1. Buih yang banyak
  2. Rambut dan kulit kepala terasa cepat kering dan tegang
  3. Rambut menjadi mengerbang jika tidak menggunakan conditioner dan serum rambut
(Ada tak kesan macam ni bila anda menggunakan shampoo komersial??)


Kenapa shampoo santan tidak menggunakan SLS sebagai surfactant utama?

  1. SLS terlampau kuat sehingga menaggalkan sebum (minyak) semulajadi kulit kita
  2. SLS selalu menjadi punca Stratum Cornuem (lapisan pelindung kulit -sistem lapisan organ kulit ) cepat rosak dan menipis.
  3. Stratum Cornuem rosak dan nipis menjadi punca pelbagai masalah kulit dan membuatkan bahan kimia berbahaya terus dan cepat meresap ke dalam lapisan kulit tanpa tapisan.


JADI SHAMPOO SANTAN GUNA APA SEBAGAI PRIMARY SURFACTANT??

Ingat lagi tak Cik Mun pernah post bahan kandungan dalam Shampoo Santan namanya Cocamidopropyl Betaine = Coco betaine = Coconut Oil Amidopropyl Betaine hehehe.. jenuh nak menyebutnya ...Ini merupakan ejen pembuih yang LEMBUT di kulit kepala dan efektif dalam membersih. Ia diperbuat daripada minyak kelapa (coconut oil). 

Untuk pengetahuan semua sesiapa yang memakai SHAMPOO SANTAN pasti akan cakap dengan CIK MUN .. sikit la buih nya rasa GERAM JE ..nak guna banyak-banyak. huhuhu... Tapi ingat ya, BUIH yang BANYAK tidak MENJAMIN keberkesanan sesuatu produk pembersihan.

Jadi  Fikir -fikirkan ya..


Ok cukup sampai di sini dulu. SHARING IS CARING.


Nanti Cik Mun kongsi mengenai SILIKON pula. ELOK KE ADA BAHAN SILIKON DALAM SHAMPOO??? ERMMMM.....


* SUMBER MYHOMELAB















Khamis, 19 Julai 2018

Fungsi Bahan Dalam Shampoo Santan

Assalamualaikum dan Hello semua...


Seperti yang dijanjikan Cik Mun akan menerangkan tentang fungsi bahan dalam Shampoo Santan terlebih dahulu.. nanti baru Cik Mun terangkan  produk yang lain ya.

Shampoo Santan telah dihasilkan dengan menggabungkan bahan-bahan seperti:


  • SANTAN
    • Santan kaya dengan khasiat vitamin seperti Vitamn C dan E dan mineral seperti Iron, Calcium, Pottasium, magnesium dan Zinc. 
    • Dalam santan terdapat lemak tepu dan sebahagian lemak di dalam santan kelapa terdapat "Lauric Acid"  Apa fungsi  Lauric Acid? ia mempunyai ciri-ciri anti bacteria, anti kulat dan anti virus. 
    • vitamin E dan lemak memberi kelembapan kepada rambut. (yang ni memang Cik Mun akui,  pertama kali pakai shampoo santan, rambut rasa lembap je. kalau sebelum ni baru 10 minit basuh rambut dah KERING... huhu)
    • Santan juga boleh menyuburkan rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. (seronok bila nampak anak rambut mula tumbuh. *cik mun guna dengan WONDER HAIR OIL, dan penggunaan shampoo botol ke 5 baru nampak hasil)

  • MINYAK KELAPA
    • Ia membantu melembap rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut selain daripada menjaga kulit kepala bebas daripada kelemumur. Ini kerana miyak kelapa meningkatkan protein dalam rambut.


  • SWEET ORANGE ESSENTIAL 
    • Siapa yang sudah beli SHAMPOO SANTAN mesti perasan bau SHAMPOO SANTAN wangi, bau orange bukan bau BUSUK TAU. Apa yang bagusnya Sweet Orange Essential ni?
    • Minyak pati oren dapt melegakan kegatalan rambut bagi pengguna yang menghadapi masalah kegatalan rambut. 
    • Ia juga dapat membantu memecahkan sebum berlilin "waxy sebum" dan membuang toksin di kulit kepala.

  • ROSEMARY ESSENTIAL OIL

    • Ia membantu merangsang folikel rambut jesteru menjadikan ia cepat tumbuh dan kuat.
    • Ia juga dapat menyuburkan kulit kepala dan mengurangkan kelumumur dan melambatkan keguguran rambut pra matang.
    • Ia merupakan TONIK kepada orang yang mempunyai masalah botak kepala.

  • XANTAN & GUAR GUM
    • Ia digunakan sebagai penstabil dan kelikatan (pemekat) produk yang berasaskan minyak di dalam air dan memberikan kesan licin. 
    • JANGAN RISAU, kedua-dua bahan ini adalah bahan semulajadi yang dihasilkan daripada tumbuhan dan mikroorganisma melalui proses penapaian (fermentation) dan beberapa peringkat pemprosesan. 
    • Ia BERBEZA daripada PRODUK KOMERSIAL lain yang menggunakan SILICONE yang memberi kesan LICIN tetapi menghalang nutrisi meresap ke rambut dan kulit kepala.

  • COCAMIDOPRPYL BETAINE
    • Ia merupakan EJEN PEMBUIH yang lembut dikulit dan efektif dalam membersih. Diperbuat daripada minyak kelapa.  (buih SHAMPOO SANTAN sedikit je tak banyak.. mana yang lebih baik? BANYAK BUIH atau KURANG BUIH??)

ok ini lah bahan-bahan yang ada dalam SHAMPOO SANTAN.. Bahan nya adalah daripada bahan semulajadi..  Ok cukup untuk hari ni. Nanti Cik Mun share pula mengenai SLS (Sodium Lauryl/ Laureth Sulfate) dan juga SILICON. Bagus ke kedua-dua bahan ni? Cuba check dekat shampoo yang anda guna ada tak bahan ni?  Nak tahu tunggu ya.... 







SUMBER: MYHOMELAB

Selasa, 17 Julai 2018

Produk MYHOMELAB

Assalamuaikum semua..

Selamat datang ke Blog CikMun_shampoosantan.. Hari ni Cik Mun nak kongsikan mengenai produk-produk yang dikeluarkan oleh MYHOMELAB..

Mesti ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya produk MYHOMELAB ni?  Ke semua dah tahu? Ok tak apa biar Cik Mun terangkan ya...

Pada mulanya MYHOMELAB telah mengeluarkan dua produk utama iaitu SHAMPOO SANTAN dan WONDER HAIR OIL... kedua-dua produk ini telah mendapat tempat di hati pelanggan seluruh Malaysia kerana keberkesanannya dalam MENYELESAIKAN MASALAH RAMBUT di antaranya MASALAH KELEMUMUR, RAMBUT GUGUR, KEGATALAN KEPALA, malah shampoo ini juga dapat MELEBATKAN RAMBUT dan MELEMBUTKAN RAMBUT dengan penggunaan yang konsisten inshaALLAH...

*Cik Mun sendiri dah JATUH CINTA dengan SHAMPOO SANTAN ni.. masuk ni dah 9 botol Cik Mun pakai. 

Alhamdulillah sekarang ni MYHOMELAB telah menghasilkan pelbagai produk selain daripada Shampoo Santan iaitu HAIR TONER, SHAMPOO SERAI dan juga GENTLE BUTTER SOAP (pencuci muka). 


Gentle Butter Soap, Wonder Hair Oil dan Shampoo Santan 
(Botol Limited Edition, habis sudah pengeluaran Botol Limited Edition tapi dekat Cik Mun ada stock lagi)

Hair Tonic 

Untuk pengetahuan semua produk MYHOMELAB ini  menggunakan BAHAN SEMULAJADI.. INGAT!! BAHAN SEMULAJADI dan lebih membanggakan semua produk ini telah dikeluarkan oleh Syarikat  Bumiputera. 😊😊😊😊😊😊

 Rasanya cukup dulu untuk pengenalan produk-produk MYHOMELAB. Nanti Cik Mun update untuk bahan-bahan yang di gunakan untuk setiap produk dan apa keistimewaanya.


Terima kasih sudi membaca blog Cik Mun. =)

Nanti Cik Mun update lagi ya ...
#supportlocalbrand #naturalproduct #shampoosantan #shampooserai#wonderhairoil#hairtoner#gentlebuttersoap