Khamis, 19 Julai 2018

Fungsi Bahan Dalam Shampoo Santan

Assalamualaikum dan Hello semua...


Seperti yang dijanjikan Cik Mun akan menerangkan tentang fungsi bahan dalam Shampoo Santan terlebih dahulu.. nanti baru Cik Mun terangkan  produk yang lain ya.

Shampoo Santan telah dihasilkan dengan menggabungkan bahan-bahan seperti:


  • SANTAN
    • Santan kaya dengan khasiat vitamin seperti Vitamn C dan E dan mineral seperti Iron, Calcium, Pottasium, magnesium dan Zinc. 
    • Dalam santan terdapat lemak tepu dan sebahagian lemak di dalam santan kelapa terdapat "Lauric Acid"  Apa fungsi  Lauric Acid? ia mempunyai ciri-ciri anti bacteria, anti kulat dan anti virus. 
    • vitamin E dan lemak memberi kelembapan kepada rambut. (yang ni memang Cik Mun akui,  pertama kali pakai shampoo santan, rambut rasa lembap je. kalau sebelum ni baru 10 minit basuh rambut dah KERING... huhu)
    • Santan juga boleh menyuburkan rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. (seronok bila nampak anak rambut mula tumbuh. *cik mun guna dengan WONDER HAIR OIL, dan penggunaan shampoo botol ke 5 baru nampak hasil)

  • MINYAK KELAPA
    • Ia membantu melembap rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut selain daripada menjaga kulit kepala bebas daripada kelemumur. Ini kerana miyak kelapa meningkatkan protein dalam rambut.


  • SWEET ORANGE ESSENTIAL 
    • Siapa yang sudah beli SHAMPOO SANTAN mesti perasan bau SHAMPOO SANTAN wangi, bau orange bukan bau BUSUK TAU. Apa yang bagusnya Sweet Orange Essential ni?
    • Minyak pati oren dapt melegakan kegatalan rambut bagi pengguna yang menghadapi masalah kegatalan rambut. 
    • Ia juga dapat membantu memecahkan sebum berlilin "waxy sebum" dan membuang toksin di kulit kepala.

  • ROSEMARY ESSENTIAL OIL

    • Ia membantu merangsang folikel rambut jesteru menjadikan ia cepat tumbuh dan kuat.
    • Ia juga dapat menyuburkan kulit kepala dan mengurangkan kelumumur dan melambatkan keguguran rambut pra matang.
    • Ia merupakan TONIK kepada orang yang mempunyai masalah botak kepala.

  • XANTAN & GUAR GUM
    • Ia digunakan sebagai penstabil dan kelikatan (pemekat) produk yang berasaskan minyak di dalam air dan memberikan kesan licin. 
    • JANGAN RISAU, kedua-dua bahan ini adalah bahan semulajadi yang dihasilkan daripada tumbuhan dan mikroorganisma melalui proses penapaian (fermentation) dan beberapa peringkat pemprosesan. 
    • Ia BERBEZA daripada PRODUK KOMERSIAL lain yang menggunakan SILICONE yang memberi kesan LICIN tetapi menghalang nutrisi meresap ke rambut dan kulit kepala.

  • COCAMIDOPRPYL BETAINE
    • Ia merupakan EJEN PEMBUIH yang lembut dikulit dan efektif dalam membersih. Diperbuat daripada minyak kelapa.  (buih SHAMPOO SANTAN sedikit je tak banyak.. mana yang lebih baik? BANYAK BUIH atau KURANG BUIH??)

ok ini lah bahan-bahan yang ada dalam SHAMPOO SANTAN.. Bahan nya adalah daripada bahan semulajadi..  Ok cukup untuk hari ni. Nanti Cik Mun share pula mengenai SLS (Sodium Lauryl/ Laureth Sulfate) dan juga SILICON. Bagus ke kedua-dua bahan ni? Cuba check dekat shampoo yang anda guna ada tak bahan ni?  Nak tahu tunggu ya.... 







SUMBER: MYHOMELAB

Tiada ulasan: