Isnin, 23 Julai 2018

ADAKAH SILOKON DAN PARABEN BAGUS DALAM SHAMPOO?


Assalamualaikum semua,

Sebelum ni Cik Mun berkongsi mengenai SLS dalam shampoo. Hari ni Cik Mun nak berkongsi mengenai SILIKON dan PARABEN. Pernah tak anda melihat produk shampoo anda mengandungi  SILIKON dan PARABEN? Apa SILIKON? Apa Paraben? Bagus ke? Tidak bagus?
  • SILIKON


Macam mana hendak tahu shampoo yang kita guna ada bahan SILIKON atau tidak? ok kita boleh tahu dengan melihat pengakhiran namanya "cone". Misalnya Dimethicone, Phenyl Trimethicone, Amodimethicone dan Cyclomethicone. Cuba tengok shampoo yang anda guna ada tak bahan ni?



Apa fungsi SILIKON dalam shampoo?


Ia digunakan untuk menghasilkan kesan licin, bersinar dan tidak mudah kusut. NAMUN, kesan licin bersinar ini ialah PALSU dan bersifat SEMENTARA. KENAPA PALSU? Ini kerana SILIKON bersifat PLASTIC. Seperti lapisan rambut yang disalut plastik, ia MENGHALANG NUTRIENT ke dasar rambut. 

BAGAIMANA PULA JIKA DIGUNAKAN UNTUK MASA YANG PANJANG?


Penggunaan jangka panjang mengakibatkan RAMBUT KERING, KUSAM, MUDAH RAPUH DAN BERKELEMUMUR dan menyebabkan anda ingin kerap mencuci rambut dan mendapat kesan licin dan bersinar itu kembali.




  • BAHAN PENGAWET (PRESERVATIVE)  & PARABEN?


Mengapa perlu bahan pengawet di dalam produk? Ini untuk mengelakkan produk menjadi BUSUK dan DIJANGKITI KUMAN.  Ia menghalang pertumbuhan kuman, kulat dan bakteria dari membiak di dalam produk. 

Paraben adalah bahan pengawet (preservative) yang paling kuat dan berkesan. kebanyakan produk kosmetik menggunakan paraben kerana keberkesanannya dan kos efektif (murah).  

NAMUN, KAJIAN PADA 2004, BERKAITAN TISU KANSER BARAH PAYU DARA MENEMUI BEBERAPA JENIS PARABEN DI DALAMNYA MEMBUATKAN ORANG MULA MEMPERSOALKAN PENGGUNAAN PARABEN DI DALAM PRODUK KOSMETIK. 


Jadi macam mana? Bagus atau tidak jika shampoo anda mengandungi PARABEN dan SILIKON? Tepuk dada, tanya selera.=)


Ok ini sahaja untuk hari ni. Nanti Cik Mun akan bercerita mengenai Healing Proses ya.

*SUMBER MYHOMELAB













Tiada ulasan: