Sabtu, 21 Julai 2018

APA ITU SLS?

Assalamualaikum & Hello semua,


Seperti yang dijanjikan Cik Mun akan berkongsi mengenai SLS atau dikenali sebagai Sodium Lauryl/Laureth Sulfate. SLS merupakan surfactant (ejen PEMBUIH yang kuat) yang di gunakan di dalam produk PEMBERSIHAN. Ianya selalu dilabelkan sebagai DETERGENT.

Pada asalnya SLS sering digunakan dalam ejen pembasuhan industri seperti pencair minyak enjin dan bahan cuci industri yang kuat. Sekiranya shampoo yang anda gunakan mengandungi SLS, ia boleh mendatangkan kesan iritasi terhadap kulit (dermatitis) disebabkan ia mudah menyerap ke dalam kulit. 




Apakah kesannya lagi?  Ia juga merosakkan keratin ( sejenis protein yang terkandung dalam rambut) lalu meyebabkan RAMBUT MUDAH RAPUH , KERING dan KUSAM.


SLS juga menghasilkan BUIH yang banyak. Ermm.... anda perasan tak shampoo yang anda gunakan banyak BUIH atau TIDAK?  Selalunya kita akan suka bila BUIH banyak jadi LAGI BERSIH. SALAH PERSEPSI TU!!! 


Sebenarnya BUIH yang BANYAK bukan faktor keberkesanan sesuatu produk pembersihan tetapi tindak balas hydrophili (kepala/ sangat suka air) dan hydrophobic (ekor/benci air) yang akan menentukan keberkesanan sesuatu produk pembersihan. 


Ciri-ciri penggunaan SLS di dalam shampoo komersial biasa:
  1. Buih yang banyak
  2. Rambut dan kulit kepala terasa cepat kering dan tegang
  3. Rambut menjadi mengerbang jika tidak menggunakan conditioner dan serum rambut
(Ada tak kesan macam ni bila anda menggunakan shampoo komersial??)


Kenapa shampoo santan tidak menggunakan SLS sebagai surfactant utama?

  1. SLS terlampau kuat sehingga menaggalkan sebum (minyak) semulajadi kulit kita
  2. SLS selalu menjadi punca Stratum Cornuem (lapisan pelindung kulit -sistem lapisan organ kulit ) cepat rosak dan menipis.
  3. Stratum Cornuem rosak dan nipis menjadi punca pelbagai masalah kulit dan membuatkan bahan kimia berbahaya terus dan cepat meresap ke dalam lapisan kulit tanpa tapisan.


JADI SHAMPOO SANTAN GUNA APA SEBAGAI PRIMARY SURFACTANT??

Ingat lagi tak Cik Mun pernah post bahan kandungan dalam Shampoo Santan namanya Cocamidopropyl Betaine = Coco betaine = Coconut Oil Amidopropyl Betaine hehehe.. jenuh nak menyebutnya ...Ini merupakan ejen pembuih yang LEMBUT di kulit kepala dan efektif dalam membersih. Ia diperbuat daripada minyak kelapa (coconut oil). 

Untuk pengetahuan semua sesiapa yang memakai SHAMPOO SANTAN pasti akan cakap dengan CIK MUN .. sikit la buih nya rasa GERAM JE ..nak guna banyak-banyak. huhuhu... Tapi ingat ya, BUIH yang BANYAK tidak MENJAMIN keberkesanan sesuatu produk pembersihan.

Jadi  Fikir -fikirkan ya..


Ok cukup sampai di sini dulu. SHARING IS CARING.


Nanti Cik Mun kongsi mengenai SILIKON pula. ELOK KE ADA BAHAN SILIKON DALAM SHAMPOO??? ERMMMM.....


* SUMBER MYHOMELAB















Tiada ulasan: